Sunday 25 November 2012

Mencari volunteer utk aktiviti yg akan datang, lokasi sekitar lembah kelang, tarikh akan ditetapkan nanti, terima kasih sekali lagi yg sponsor kami makan, dan yg sudi mendaki bersama-sama semalam
Aktiviti telah selesai dijalankan. Alhamdulillah.. semuanya dah selamat sampai di rumah. Terima kasih kepada semua yang hadir.

Kabus Studio DAN CREW2 TERLIBAT, Bro Shidi, Harry, Mel, Joe, Roy dan Vierra Yahya.

Dan terima kasih juga kepada Ron Asraff and The Gang kerana sudi membawakan volunteer untuk aktiviti kali ini. Perkara yang tidak dijangka seperti cam abis bateri dengan cepat, ups kami pon abis bateri dgn cepat serta beberapa equipment kami mengalami masalah teknikal..

Insyallah lepas nih kami akan jalankan aktiviti lagi.. perkara sebegini memang x boleh dijangka.. apa2 perkembangan kami akan update esok... terima kasih kepada yg sudi melihat live streaming kami tadi walaupun line x brape bagus dan cam tetibe bateri abiss..

Friday 23 November 2012

Wujud Paranormal Team Malaysia dengan kerjasama Kabus Studio memerlukan cadangan lokasi untuk menjalankan penggambaran pencarian entiti di semenanjung Malaysia, khususnya sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan, di mana pihak kami akan menerbitkan dvd untuk tujuan mengumpul dana bagi membantu GAZA.. sekiranya ada sebarang pendapat komen atau idea boleh ajukan pendapat kepada kami samada inbox page atau email kepada wujudparanormalteam@yahoo.com special event dan artis jemputan akan terlibat dalam proses penggambaran

Tuesday 20 November 2012

Wujud Paranormal Team sekarang dalam perbincangan dengan Kabus Studio untuk mengadakan shooting dan juga dvd dan dari penjualan dvd tersebut didermakan kepada tabung gaza serta long term utk ke short film festival.. masih lagi dalam perbincangan.. doakan semuanya menjadi nyata.. insyallah takde aral melintang jadilah.. kalau takde rezeki nak buat camane ye..

Thursday 15 November 2012

Aktiviti Seterusnya

Minggu depan kami akan adakan aktiviti bersama Ron Asraff penyelidik paranormal Malaysia dan dua tetamu khas ex top 20 blogger Malaysia Tengku Fariduddin yg dikenali dengan blog http://www.ceritamamat.com/ dan juga salah seorang admin pages yg terkenal Muhammad Halimi. Kami akan menambah Cam yg sedia ada. Semuanya bergantung pada line Internet di sana.

Monday 12 November 2012

Next Aktiviti

Aktiviti dan Live Streaming akan diadakan samada hujung minggu ini atau minggu depan. Kemungkinan besar minggu depan. Sebab minggu ni ramai Krew2 yang tengah bercuti. :-)

Allen Tiller

Antara Blogger Paranormal dari luar Negara Yang mengikuti aktiviti Wujud Paranormal Team menerusi Facebook dan blog kami

http://eidolonparanormal.blogspot.com.au/2012/11/paranormal-investigatorspast-and.html

11/11/2012 Genap setahun Wujud Paranormal Team DiTubuhkan.

Terima Kasih tidak terhingga kepada semua Krew dan Fans Wujud Paranormal Team ini. Dengan adanya anda semua WPT masih lagi Wujud. Di harap anda masih lagi setia bersama WPT untuk aktiviti-aktiviti yang akan datang.

Tanpa anda siapalah kami.

First Aktiviti kami di Balai Polis Jalan Gombak Lama November 2011.



Sunday 11 November 2012

Perkahwinan Amirul Bahree krew Wujud Paranormal Team


Selamat pengantin baru kepada krew kami Amirul Bahree yg melangsungkan perkahwinannya hari ini.(10/11/12) Seramai 5 krew Wujud Paranormal Team dtg RB, Anna, Seth, Cekodok dan Husaini.. 

Sunday 4 November 2012


Terima kasih kepada krew Wujud (Paranormal Team) yg datang ke Bangi serta krew J.M Paranormal Malaysia (Jejak Mistik) yg menjalankan aktiviti ini bersama dan juga Ron Asraf merupakan Researcher Paranormal team di Malaysia. Kali pertama on air kami mempunyai banyak kelemahan yg perlu diperbaiki.biasalah.Baru 1st time mmg tak perfect. Lepas ni kami akan membuat upgrading dari segi streaming cam utk stream dan juga dari segi masa. Mudah-mudahan lepas ni semua streaming akan berjalan lancar jugak Nak streaming live. Tunggguuu post dari kami lagi. 
Terima kasih

Saturday 3 November 2012

Perjumpaan antara 4 team paranormal di Titiwangsa

Perjumpaan dihadiri sebahagian dari krew Wujud Paranormal Team, krew Jejak Mistik, Ghost Travel Paranormal Team dan juga wakil dari Pengembaraan Alam Ghaib yg diadakan di Titiwangsa, yg membincangkan tentang aktiviti yg bakal dijalankan esok di Bangi dan juga bertukar pendapat mengenai penyelidikan paranormal. Semua team yang datang bercadang menubuhkan satu persatuan yg dipanggil Persatuan Paranormal Malaysia. Insyallah jika tiada aral melintang pada 3/11/2012 kami akan adakan live broadcast dari Bangi di mana Jejak Mistik akan membuat kajian mereka ke atas sebuah rumah yg terbiar di Teras Jernang

Thursday 1 November 2012

Percubaan live streaming di blog 29/10/2012

Alhamdulillah semuanya selamat ketika kami mengadakan percubaan live streaming dari tempat aktiviti yg mana dihadiri seramai 9 orang kesemuanya.. lepas nih kami akan live broadcast dari tempat-tempat aktiviti...