Sunday 24 November 2013

kami baru shj habis livestreaming.. seronok bergabung dlm kajian ni.. sama2 mengkaji paranormal dgn cara berbeza.. terima kasih kepada PAG paranormal...

Saturday 23 November 2013

Wujud Paranormal Team dan Pengembaraan Alam Ghaib (Paranormal Malaysia) akan melakukan kajian bersama di sebuah lokasi yg jauh dari jalan besar dan tersorok di sebalik hutan dan rumah2 usang di hadapannya..
Tarikh : 23/11/2013
Hari : Sabtu
Masa livestreaming bermula : 12.30am
livestreaming :  klik livestreaming you brave enough

kajian akan dimulakan dengan ketua masing dengan pelbagai gajet dan kaedah yg terkini..

2 peserta cabaran akan ditinggalkan satu dari WPT dan satu dari PAG utk merasai sendiri apa itu paranormal dan juga mereka akan ditinggalkan dengan gajet2 paranormal..

nantikan 12.30am esok secara livestreaming, tiada delay, tiada suntingan, tiada rekod semuanya secara langsung di blog.. PAG akan rakam secara off air dan akan diupload di youtube mereka..

Wednesday 13 November 2013

DI SEBALIK LIRIK "SUFI"- DAMASUTRA


Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka… 
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada… 
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia… 
Biar rebah dihina kau tak berubah…

Kau menguasai selautan… 
Yang tersembunyi di genggaman… 
Nafi dan isbat kau sandingkan… 
Sebagai tali pegangan….

Sufi kau hilang di pandangan….
Ada di dalam kenikmatan…. 
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah…. 
Andai tertutup tirai sufi…. 
Yang terang tidak nampak terang…. 
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan…

Inginku tempuh titianmu…. 
Dari kekasih ke kekasih…. 
Pengabdianku bersamamu kasih…. 
Biar rebah dihina kau tak berubah…~~

(Maksud lirik)

Sufi diertikan sebagai seorang yang alim, warak, wali Allah. Lagu ini menceritakan tentang seorang yang telah bertemu dengan cinta Allah, sehingga dia sanggup meninggalkan kemewahan dunia semata-mata kasihkan Allah.

Mereka yang telah tenggelam dan asyik dengan cinta Allah pastinya telah mengenali Yang Maha Tersembunyi (ALLAH). Firman Allah : “Aku adalah Yang Terpendam dan Tertutup. Aku ingin dikenali dan ditemukan. Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenal-KU”.

Nafi dan Isbat… itulah kalimah agung LAAILAHAILLALLAH yang bermaksud “tiada Tuhan (nafi) melainkan Allah (Isbat)..

Nikmat yang hakiki adalah apabila seseorang hamba itu berada dalam fanalillah sehingga tercapainya maksud “Aku adalah engkau…dan engkau adalah aku”. Keadaan itu hanya berlaku apabila hijab sufi tersingkap. Hilanglah diri insan…tajalli pula ALLAH yakni insan itu lenyap bersama ALLAH…tenggelam dalam kenikmatan dan keredhaan. Para sufi menganggapnya sebagai kesempurnaan seorang insan yang luhur…. Kadangkala hijab sufi akan kembali berlabuh tirainya. Tiada apa yang dapat dilihat melainkan dunia. Itulah siksa yang menyakitkan. Siksa apabila tidak bertemu dengan Kekasih hati…

Apabila sekali telah berada dalam ma’arifatullah…pastinya keadaan itu bagaikan menggamit kerinduan.

Dari kekasih ke kekasih memberi makna tentang DIRI rohani dan ALLAH. Biarpun dihina oleh golongan yang cintakan dunia, namun pengabdian suci itu tetap kekal dan utuh. Tidak akan goyah duduknya. Umpama karang di dasar laut…~~

sufi = Ahli ilmu Suluk (tasawuf)
nafi = lailaha
isbat = Illallah

Wallahua’lam

Biar rebah di hina.. Kau tak berubah.

PERHATIKAN DI SEBELAH TIANG TENGAH2 GAMBAR

APARTMENT RIVERA


Aparment Riviera menempatkan palajar-pelajar asrama daripada beberapa buah universiti dan kolej swasta pada tahun 90an .Pada awal penempatan semuanya kelihatan racak dengan pelbagai aktiviti pembelajaran dan keagamaann. Kolam renang juga menjadi tumpuan utama penghuni bangunan tersebut

Keadaan mula beruba apabila, khabar angin tersebar bahawa aktiviti maksiat rancak di lakukan di bangunan ini. Satu demi satu kejadian mistik mula berlaku di apartment tersebut

Salah satu kejadian mesteri yang paling popular diceritakan adalah, di kawasan lift bangunan tersebut Ramai pelajar menemukan entiti yang mengerikan ketika berada di dalam lift. Butang lift pula akan menyala dengan sendirinya lantas berhenti di tingkatx2 yang tidak berpenghuni. Majoriti daripada penghuni apartment tidak mahu menggunakan lift pada waktu malam, namum mereka tiada pilihan lain, Jika menaiki tangga pula , mreka akan terserempak dengan makluk lain,

Kejadian mistik yang berlaku, menimbulkan rasa takut dan gementar buat penghinu di apartment Rivierahan. Mereka yang tidak tahan dengan gangguan tersebut, telah pun berpindah ke tempat lain sehinggalah jumlah penghuni semakin berkurangan

Penyeleggaraan bagunan di abaikan. Kolam renang yang dahulunya menjadi tumpuan ramai, semakin keruh airnya, Pada satu hari, timbul pula kejadian salah seorang pelajar perempuan terjun dari tingkat lima kerana di rasuk suara aneh yang memintanya berbuat demikian

-REAL STORY DA-

SELINGAN

PENANGGAL

IMEJ TERAKAM SELEPAS MENUKAR TAYAR KERETA

KISAH VILLA NABILA

Banyak sangat Versinye. So aku pon tak tahu mana 1 yg betulnye.

Versi #1 –

Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 –

Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 –
Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 –
Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 –

Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi #6 -
Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.

BUDAK KECIK TU MENANGIS SEBAB NAMPAK SESUATU

Lokasi di sebuah apartment di Ampang.


7 PINTU HATI YANG DIMASUKI IBLIS


1. Hati yang putus asa dan kecewa dari Rahmat Allah SWT.
2. Hati yang memandang biasa pada dosa-dosa kecil.
3. Hati yang panjang angan-angan dan suka pada pujian.
4. Hati yang bodoh tetapi tidak menyedari akan kebodohannya.
5. Hati yang memandang rendah terhadap orang lain.
6. Hati yang bersifat marah kerana marah adalah sifat bara api neraka.
7. Hati yang ujub, sombong, riak dan buruk sangka pada orang lain.

Subhanallah

[PERHATIAN] BERHATI-HATI DENGAN PENYAMBUNGAN NAMA.

Ramai wanita muslimah setelah menikah, lalu menisbatkan (mencantumkan) namanya dengan nama suaminya, misalnya: Aisyah menikah dengan Amiruddin, kemudian ia memakai nama suaminya sehingga namanya menjadi "Aisyah Amiruddin. "

Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan penamaan ini?

Dalam ajaran Islam, Hukum Penamaan adalah hal yang penting. Setiap lelaki ataupun perempuan hanya dibenarkankan menambahkan “NAMA AYAHNYA” sahaja dibelakang nama dirinya dan HARAM menambahkan nama lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya, meskipun nama tersebut adalah nama suaminya.

Kerana dalam Islam. Nama lelaki di belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak dari lelaki tersebut. Sehingga tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah kandungnya (WALI) sebagai penghormatan anak terhadap orang tua kandungnya.

Berbeza dengan budaya barat (kafir) Contoh: isteri Bill Clinton: Hillary Clinton yang nama asalnya Hillary Diane Rodham; isterinya Barrack Obama: Michelle Obama yang nama asalnya Michelle LaVaughn Robinson, DLL..

Hadith mengenai perihal penamaan ini Shahih. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

“Barang siapa yang mengaku sebagai anak kepada selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah” ( HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi)

Wallahu'alam...

Rasulullah bersabda :
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang
menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..moga semua memperolehnya. Aminn.

MAYAT MASIH SEMPURNA KETIKA PROSES PEMINDAHAN

Sumber : myMetro 8/11/2013

SEGAMAT: "Ketika proses menggali dan mengeluarkan mayat arwah ibu mentua dijalankan semalam, secara tiba-tiba seluruh kawasan tanah perkuburan ini berbau harum.

"Saya sendiri lihat kain kapan ibu mentua masih dalam keadaan sempurna dan tidak reput. Ia hanya dikotori tanah saja," kata Abdullah Abdul Karim, 74, hari ini.
Abdullah adalah menantu kepada arwah Maheran Jaaffar, 74, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada 2006.

Ketika dikeluarkan dari liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Badak di sini, mayat arwah Maheran masih dalam keadaan sempurna.
Mayatnya antara 16 mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan yang masih dalam keadaan sempurna.

Tanah perkuburan yang berusia 100 tahun itu digali untuk memberi laluan kepada projek pelebaran Jalan Segamat-Ledang.
Keseluruhannya, 350 kubur terbabit dalam pemindahan berkenaan dan mayat akan disemadikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alai yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan.

Menceritakan amalan arwah Maheran sepanjang hayatnya, Abdullah berkata, ibu mentuanya sentiasa mengamalkan bacaan zikir selepas bangun daripada tidur.

"Dia tidak pernah mengambil sarapan sebelum berzikir. Arwah juga sangat patuh kepada suami selain tidak pernah putus ke masjid.

"Sepanjang hayatnya, arwah ibu mentua tidak pernah meninggalkan suruhan agama malah turut mengajar mengaji kepada anak jiran," katanya ketika ditemui.

Selain itu, menurut Abdullah, arwah ibu mentuanya juga seorang yang pemurah dan sering bersedekah.

"Arwah seorang yang agak pendiam namun tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ibu serta isteri.

"Saya bekerja sebagai penjaga kubur di tanah perkuburan ini sejak 20 tahun lalu. Pengalaman melihat keadaan jenazah arwah ibu mentua yang masih sempurna menunjukkan kebesaran Allah SWT dan Dia memang tidak pernah memungkiri janji-Nya," katanya.

Menurut Abdullah, dia bersyukur dengan apa yang ditunjukkan oleh Allah SWT kerana ia boleh dijadikan tauladan kepada dirinya serta masyarakat.

"Syukur segala proses menggali serta mengebumikan semula mayat arwah ibu mentua berjalan lancar," katanya.

Abdullah berkata, selain kubur ibu mentuanya, beberapa kubur saudaranya turut dipindahkan.

ALLAHUAKBAR!

PENGALAMAN DI SEGITIGA BERMUDA




Cerita dari Fans ( Iz-Lan Perak )
28 Januari 2013.
-unknown-

PENGALAMAN DI SEGI TIGA BERMUDA

Tanggal 8 April 2006 adalah hari yang paling diingati dalam sejarah kerana pada hari itulah aku ditugaskan untuk cover kapal kargo milik malaysia selendang ayu. pada hari itu juga adalah pengalaman pertama utk tugasan cover kapal kargo kerana banyak kejadian lanun yang menghantui pelayar-pelayar dari malaysia.
Apabila tugasan di mesir sudah tamat pihak SIB diberi tugasan baru dan Major ravi telah mengarahkan aku,bahtiar dan ramzul utk mengendali kes ini. Apabila kami ditugaskan tanpa membuang masa kami terus bersiap utk ke pelabuhan labuan dimana tempat kami akan berlepas. perjalanan menaiki helikopter milik ATM Augusta 109E lancar tanpa sebarang masalah.

petang menyinsing dan ketibaan kami disambut baik oleh krew kapal kargo selendang ayu yang difahamkan akan berlayar ke bahamas utk penghantaran perubatan dan keperluan bantuan mangsa ribut disana. pihak Malaysia begitu perihatin utk membantu walaupun bahamas adalah dibawah pemerintahan amerika namun atas dasar keperimanusiaan kerajaan kita tetap membantu.

aku,ramzul dan bahtiar di bawa ke dok yang menjadi tempat berehat yang berkeluasan 30 kaki dan berkatil tingkat hmm..bolehla walaupun bukan 5 star selesa la jugak. tapi salah seorang kene la tidur di lantai berlapikkan kain saja dan orang itu adalah aku sebab memang dah biasa dengan lantai-lantai ni. aku termenung seketika diatas tilam tempat bahtiar berbaring ramzul diatas pon tgh berbaring keadaan aku yang termenung itu disedari bahtiar lalu dia menegur.
"weh apsal ko termenung bro"? sapa bahtiar sambil menolak bahuku. "Aku bukan apa aku hairan kenapa sampai nak kene cover kapal ni cube kamu tengok tadi ramai yang jadi pak guard depa senjata pon ada. jawab aku dengan penuh hairan. "Entah la aku pon pelik juga kenapa kita nak terlibat sekali kalau dah ada yang cover kapal ni"? sampuk ramzul yang aku dan bahtiar ingat dah bermimpi indah. tiba-tiba bahtiar menempik dalam nada yang sederhana "weii.. bukan ke kalau nak ke bahamas to kene lalu segitiga tu baru sampai sana"? "ha ah la mesti kene lalu segitiga setan tu..ahh sudah menyesal la pulak aku join cover ni" kata ramzul.

Aku hanya boleh membisu dan berfikir. Benar kata-kata bahtiar memang kapal ni akan melalui segitiga bermuda jika mahu sampai ke bahamas.Aku cuma tenteramkan mereka yang nampak gelisah.."segitiga je beb bukan segi empat ke segi lima yang korank risau apehal"? seloroh aku.. "ye la kamu jangan cakap sembarangan dah lalu nanti baru kamu tau penangan tempat tu". kata-kata ramzul seperti meningkatkan lagi kerisauan bahtiar yang dari tadi seperti gelisah tak tentu pasal. " dah.. cukup dengan segitiga korank.. ingat misi kita apa disini.. kita lakukan dengan profesional pasal dengan tempat puaka tu memang senjata kita tak lut pada mereka tapi apa guna kita ada Allah yang maha Esa? sekuat2 mana jin yang ada didunia ni tidak tertanding kuasa yang Allah ada.. tadah tangan kita mohon dengan penuh yakin pasti Allah tidak akan biarkan hambanya yang didalam kesusahan" madah aku dengan penuh yakin.

Perjalanan kami ke bahamas berjalan hampir 3 minggu lamanya kerana kapal ini kerap singgah di pelabuhan-pelabuhan utk mencari bekalan makanan dan pelepasan dari negara-negara yang telah kami masuki utk memastikan apa yang kami bawa bukan barang2 haram yang boleh membawa ancaman kepada negara-negara tersebut. apabila tiba di setiap perairan ada saja tentera marin ataupon penguatkuasa laut yang datang utk memeriksa. jika ada keraguan kapal kami ditahan sementara utk pengesahan.

Apabila kapal kami tiba di lautan atlantik satu detik hati yang begitu risau apabila melihat sekitar lautan yang tiada pulau bermakna kami berada di tengah-tengah lautan atlantik yang luas dan menurut kapten kapal inilah dia laluan segitiga bermuda.
bahtiar dan ramzul seperti kerisauan melihat sesama sendiri. ketika berada di bilik kawalan kapal saya bertanya kepada kapten yang bernama zulfakar. " apa... kapten tak berasa risau melalui laluan ni"? tanyaku dengan penuh berani.

"ini pertama kali saya mengikuti laluan ni... sebelum ini kawan saya yang juga kapten kapal bernama john barios penah melalui laluan ini dan selepas dia menghantar barang di miami sesampainya beliau di pelabuhan para petugas menemui hanya dia seorang sahaja di atas kapal yang lain telah tiada walaupon semasa belayar sebanyak 30 crew yang menyertai pelayaran itu dari england.. dan beliau disahkan gila kerana setiap saat beliau mengatakan ada makhluk ganjil yang sedang mengganas di pertengahan laut atlantik seperti menunggu utk membaham kapal-kapal yang melalui laluan ini. sebab itulah saya juga mencari jawapan segala kebenaran yang dia katakan" kata beliau dengan nada yang sedikit kesedihan.

aku terdiam dan hanya menghayati kesdihan kapten zul yang benar2 terasa dengan apa yang terjadi dengan sahabatnya itu. aku kembali ke bahagian tengah kapal dan melihat ke ke lautan yang sedikit berkabus. sut yang kami pakai mengelakkan daripada terasa kedinginan yg melampau tatkala angin lautan atlantik yang melanda sekala sekala deras.

ramzul dan bahtiar sudah melakukan rondaan sekeliling bersama dengan pasukan keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan kapal ini. kebanyakannya melayu dan seorang adalah berbangsa sigh. dalam penghayatan aku di lautan tiba2 bahtiar menggoncang bahuku dengan laju " weiii.. korang nampak tak kat sana?" tuju jari bahtiar ke selatan laut. aku dan ramzul pantas melihat.. namun aku dan ramzul tak dapat melihat apa2 kecuali kabus yang semakin tebal dan hitam. " mana taka ada apa2 pon" pintas ramzul. " ada aku mmg nmpak tadi" yakin kata2 bahtiar itu. " apa yang kamu nampak" kata ku. ''aku nmpak kapal'' jawab bahtiar. "Ahhh.. kapal pon mau kecoh ka? biasa la kapal memang lalu sini'' pintas ramzul lagi. '' takk..aku nampak kapal zaman portugis'' yakin bahtiar lagi. '' biar betul kamu ni bahtiar''? tanya ku dengan penuh kepastian.

Aku sekali lagi mengaamati betul2 apa yang bahtiar katakan, mataku melihat sekeliling apakah benar dakwaan bahtiar tadi, kabus semakin lama semakin tebal dan hitam. tiba2 mataku terpandang satu objek di selatan laut yang berada di dalam kabus2 semakin lama semakin objek itu menampakkan diri dan sah ianya sebuah kapal perang lama.. " ramzulll.. minorrr'' jerit aku meminta ramzul teropong. ramzul segera memberi padaku beliau pon sudah dapat melihat kapal tersebut. aku melihat kapal tersebut dengan teropong.. semakin lama semakin dekat dan apabila ternampak satu nama dikapal tersebut aku terus diselubungi keresahan.. mana taknya nama kapal tersebut dikenali sebagai SANTA MARIA kapal perang yang pernah dinaiki oleh kapten columbus pada tahun 1492 dan pernah melaui perairan atlantik ini utk mendarat di bahamas .

Hati aku sekali lagi berdegup detap apakah ini realiti kerana apa yang ternampak dimata disaksikan juga oleh para krew kapal yang lain.. mereka semua terpegun dengan kapal yang sudah berusia beratus lamanya belayar setara dengan kapal yang sedang kami naiki ini.. bahkan dari tadi kami rasakan seperti kelajuan kapal yang berada 500 meter dari kapal kargo kami ini setara sahaja. sekali lagi teropong diarah ke kapal berusia beratus tahun itu dengan tujuan ingin melihat penghuni dan crew kapal tersebut apakah ada penghuninya. tiada nmpak sebarang kelibat manusia pon didalam kapal tersebut.

Tiba-tiba siren kapal kargo kami kedengaran.. aku pantas naik ke dek pengemudi yang melihatkan kapten zulfakar dalam keadaan cemas.. '' apa yang terjadi kapten''? "entahlah saya tak pasti tetapi tadi saya ternampak seekor binatang yang besar sedang melintas didepan kapal seperti dinosour tengkuknya panjang dan pantas menenggelamkan diri'' kata kapten zul. aku melihat kembali di luar.. kapal santa maria itu masih ada dan seiring dengan kapal ini. Awan tiba2 gelap di depan kami seperti ada ribut yang mahu melanda petir sekali sekala menyambar disertakan dengan guruh namun tanda2 hujan tidak kelihatan. Ramzul dan bahtiar kedua2anya seperti terpaku apabila dipanggil nama seperti tiada respon dari mereka.

Aku turun dan membaca bismillah kemudian dihembus kemuka mereka.. alhamdulillah mereka sedar.. '' apa yang kita nak buat ni?'' kata bahtiar. angin semakin kencang.. para krew kapal bertempiaran sesama sendiri mencari perlindungan tatakala kapal seperti hilang keseimbangan... para pasukan keselamatan pon bnyak yang tergolek dan kami berpaut di sisi kapal aku melihat kedepan '' ahh kapal ni tak bergerak ni.. kabus itu yang datang menghampiri '' kata ku.
sebab aku kata begitu kerana melihat di awan terdapat beberapa ekor burung yang tidak bergerak dan masih berada di posisi sama begitu juga kapal santa maria yang seiring dengan kapal kami tidak seperti bergerak langsung. ramzul dan bahtiar masih berpaut dengan senjata masing2 dah jatuh kemana aku pon tak tau dengan keadaan kapal yang tidak stabil. ''ya Allah.. apa yang mahu kamu berikan ini aku dan rakan2 tetap tabah utk hadapinya" kataku di hati kecil". dengan tak semana2 ada satu gelombang yang muncul didepan kapal merempuh kami dan kesemua krew termasuk aku dan rakan2 tersungkur jatuh dan muntah semuntah2nya ya Allah azab nya keadaan ini seperti nak tercabut nyawa ketika gelombang itu merempuh kapal kami.

kilat terus sambar menyambar dan kabus hitam tebal itu semakin hampir baru kami semua krew nak berdiri teguh kembali sekali lagi gelombang itu muncul dan menghentam kami.. Ahhh.. terbaring kembali dan muntah2 kami lagi dan senaknya hanya Allah sahaja yang tahu. aku gagahkan utk berdiri tatkala krew2 yang lain sudah seperti tak mampu utk berdiri termasuk rakan2 ku ramzul dan bahtiar.. aku terus meluru ke dek kapten melihatkan mereka juga dah terbaring dilantai dengan muntah2 yang berselerakan. aku papah kapten zulfakar dan terus kapten itu berkata "cepat AZAN.. tengok tuu" kapten menunjuk jari ke depan ..

Ya Allah kabus hitam itu menyerupai seperti sekujur tubuh manusia yang besar dengan gagah datang kearah kami.. dengan mulutnya terbuka luas seperti gembira mahu menjamah kami.. tatkala itu muncul satu pusiran air laut yang besar dibelakangnya.. hanya Allah yang mengetahui apa yang terjadi kepada kami ini dan hanya dialah sahaja penyelamat kami. Aku memberanikan diri dan terus kedepan kapal mengadap kabus lembaga itu dengan penuh kemarahan yang sedang mara dengan hanya 200 meter sahaja .. kapal ini tak bergerak.
tangan kananku ditekup ke telinga dan dengan nafas panjang aku Azan dengan hati yang berserah padaNYA dan berkata hati ku ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR .. biarlah nyawaku diambil lembaga ini dan selamatkanlah nyawa rakan-rakanku diatas kapal ini.. tengahku bertarung nyawa dedepan kapal terdengar pula dibelakang suara yang ramai melaungkan Azan.. wpt.dan apabila didalam kapal itu bergema Azan.. selesai Azan telingaku seperti dengan jelas terdengar dari mana datangnya tetapi dekat di telinga satu ayat berbunyi " Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun "
diulang banyak kali dan sememangnya jelas di anak telinga ini dan dengan sepontan aku mengikutinya dan krew2 yang hampir pon melafazkannya dengan izin Allah segala kabus hitam hilang dari pandangan termasuk kapal santa maria yang berada seiring dengan kami diikuti pula cahaya matahari yang terang seperti menghalau kabus2 hitam itu terus menguasai lautan. pusaran air juga hilang dari pandangan yang terlihat hanyalah sebuah lautan yang membiru. aku melutut kesyukuran dengan peluh membasahi seluruh tubuh menadah tangan sambil berkata " TIADA SANGSI LAGI ENGKAULAH MAHA PENCIPTA DAN PENYELAMAT KAMI YA ALLAH SYUKUR KEHADRATMU" krew2 yang lain memapahku ke dok kapal kerana menyedari bertapa tidak bermayanya aku.

Keadaan pulih seperti biasa ramzul dan bahtiar seperti tidak percaya dengan apa yang aku lakukan diatas kapal ini dan tak seberapa lama kemudian kapal kami tiba di pelabuhan bahamas dengan penuh cerita yang terjadi dan mereka juga memahaminya melihat situasi kami yang sedikit tidak teruurus.wpt. apabila barang2 kargo di serahkan kami bermalam hampir tiga hari di bahamas macam-macam cerita yang kami dengar dari mulut penduduk itu sendiri perkara yang sama pernah terjadi kepada kapal yang lain dan yang bernasib baik lepas yang tidak akan hilang begitu sahaja. lautan atlantik pernah digelar seperti jalan mati oleh penjelajah lama yang bernama kapten columbus seorang kapten yang pernah mengemudi kapal santa maria yang kami jumpai di tengah lautan atlantik.

perjalanan pulang kami tempuhi dengan selamat apabila kebanyakan krew kapal berwirid dan berzikir. kami juga berjemaah beramai2 ditengah2 kapal bacaan yassin juga tidak terlepas dan apabila dibaca ayat 1-9 yassin itulah dia ayat yang didengar dicelah2 telinga semasa berhadapan dengan musibah yang terjadi. yang baiknya apabila ahli pasukan keselamatan yang berbangsa sigh mahu memeluk islam kerana melihat kebesaran yang benar dari Allah yang maha esa sehingga terbuka pintu hatinya utk memeluk islam. syukur alhamdulillah.. perjalanan kami selamat ke tanah air selepas 3 minggu belayar dari bahamas dan membawa pengalaman yang tak ternilai semasa berada di lautan Atlantik..

ALLAH MAHA BESAR... ALLAH MAHA BESAR.. wassalam...

Monday 15 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA


Assalamualaikum kepada semua Fan dan Admin-admin serta krew dari‪ #‎wujudparanormalteam‬ mahupun ‪#‎wujud7‬ . Kami di sini akan mengadakan Majlis Berbuka puasa di 

Lokasi : Rumpun Selera, Bandar Baru Selayang 
             ( berhampiran Stadium Selayang )

Pada   : 21 Julai 2013 ( Ahad ) 

Bayaran RM20 dikenakan pada setiap seorang. 

Buffet dengan pelbagai aneka masakan akan dihidang dengan kate lain "eat all you can"
Jika berminat anda boleh hubungi 0132395253 untuk info lanjut.
5 early birds ade free gift dari kami.

Thursday 11 July 2013

PERISTIWA AKHIR ZAMAN MENGIKUT TURUTAN

Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir

Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)

Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan

Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.

Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.

Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik

Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang

Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya

Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya

Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam

Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.

Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w

Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya

Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk

* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Dimanakah kita?

YA ALLAH YA TUHAN KU

Ya Allah murahkan rezeki ku dan kepada sekalian umat, tetapkan iman ku dan sekalian, panjang umur ku dan kedua ibu bapaku serta sekalian Muslimin & Muslimat  Berkatilah hidup ku dan sekalian..

Amin Yarobbal alamin

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA

Kami dari pihak Wujud Paranormal Team mengucapkan Selamat Berpuasa , Selamat Berbuka  dan Selamat Bersahur kepada seluruh Muslimin dan Muslimat samada di Malaysia, Singapura, Brunei dan walau di mana jua anda berada.

Semoga mendapat Berkat di bulan Mulia ini.

Monday 1 July 2013

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN & ZIKIR TAHLIL RAMADHAN 1434H/2013M.

PENYERTAAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN & ZIKIR TAHLIL DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1434H/2013M TELAH DIBUKA UNTUK SEMUA.


"Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedah & pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu,dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak akan dikurangkan”. 
(Surah Al-Baqarah: 272)

Koleksi Keratan Akhbar Wujud Paranormal Team 2012 Hingga 2013



Ulasan Sukarelawan Mengenai Aktiviti Yang Di Jalankan ( 22/6/2013 )

( Siti ViPs )

Ulasan aku mengenai aktiviti di Port Dickson sabtu lepas. Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar.

1) aku dapat balik rumah tanpa gangguan
2) semua equipment tak habis battery cuma cam off air je yg padam tiba-tiba

Mula-mula aku di tinggalkan seorang diri dalam rumah tu. benda pertama yang aku dengar bunyi orang terlanggar barang.tp dekat rumah belakang tu..
Aku buat tak tau je la. jadi aku terus duduk menunggu. aku diam je tapi org dekat base cakap ade bunyi-bunyian padahal aku tak dengar pape.

Lepastu lilin satu-persatu padam. yang tinggal menemani aku hanyalah lampu torchlight tu. Waktu tu tiba-tiba cicak berbunyi banyak kali..Bunyi cicak tu pelik. So, aku abaikan. Kat luar, kat belakang tu ada bunyi orang jalan-jalan dengan suara anjing melolong sayup-sayup. Aku still diam.

Lepastu aku dengar bunyi macam bunyi ambulans pun ade. Bunyi orang mengilai pun ada. Suara tu sayup kat belakang & perlahan.aku cuba hayati tapi bunyi tu sekali je & sangat perlahan. So aku tak dapat nak pastikan yang pasti suara tu seram gak la.

kat belakang aku pulak ada dua tandas..kadang-kadang terdengar titisan air. titisan tu macam kita ada kat terowong sunyi tiba-tiba ada air jatuh. bila aku suluh belakang bunyi stop la. pastu lama gak diam & bunyi tu datang balik

Kat belakang jugak aku terasa.sejuk je. Macam orang lalu kadang-kadang.Bila aku suluh belakang pokok kat sebelah kanan tu bergoyang kuat  tapi sebelah kiri statik je. Aku pandang kat sebelah aku pokok statik gak.Kat belakang tu je yg sebelah kanan tu bergoyang kuat. aku diam lagi. Sebelah kiri aku, aku ade dengar macam orang perempuan punya suara.aku suluh tak ada apa-apa yang pelik..

Itu apa yang aku dengar. Sekarang aku nak cerita apa yang aku nampak.

Kadang-kadang aku terasa kat sebelah kiri aku tu ada satu benda putih sedang memerhati. Bila aku suluh memang tak ada, yang ada pintu utama tu.kejap bukak luas sangat. Kejap macam nak tutup. Kejap separuh je.. Banyak kali kedudukan pintu tu berubah.setiap kali tu jugak aku macam nampak ada benda memerhatikan.

Kat depan aku tu aku pandang lantai. aku boleh nampak lantai tu bergetar & bergoyang. Satu tempat je,bukan semua. Tiba2 dalam blink 1 saat macam rasa ada bayang- bayang hitam terbang ke atas.
Kalau viewers ada perasan aku macam bermain-main dengan sesuatu.sbb masa tu ada bulu-bulu halus jatuh depan aku.. Ada la dalam 4 ke 5 kot. Warna putih & panjang.macam rambut pendek je, tapi dia putih.Terbang & terbang. aku cuba tangkap tapi tak dapat dia hilang pastu.

Banyak bunyi-bunyi yang datang pn dari rumah belakang tu. lama jugak aku kat dalam tu sampai rasa mengantuk sangat.aku hampir tertido jugak la.

Kesimpulan yang aku boleh buat mungkin ada gangguan tp dtg dari area belakang. untuk yang cakap ada bayi menangis & penampakkan kakak cantik, Alhamdulillah selama aku kat dalam tu memang tak ada just bunyi-bunyi pelik yang boleh didengari & disaksikan sendiri oleh sape yang tengok live streaming malam tu.

Ada yang bertanya untuk makhluk hitam kat belakang aku tu di tepi tingkap.serius waktu aku suluh dia dah tak ada jadi yang tu aku tak boleh nak confirmkan. Itu sajalah buat masa ni.

Terima.kasih pada ( Wujud (Paranormal Team ) bagi aku peluang nak buktikan balik yang fenomena battery habis & camera off air tu bukan la dari aku..Ye la sebelum ni kan tak sampai beberapa minit tak boleh pakai. kalau ada peluang lagi, In shaa Allah boleh cuba lagi.

Terima Kasih Daun Keladi.

Aktiviti Di Port Dickson 22/6/2013

Di katakan rumah yang terdapat banyak gangguan Paranormal.

Base WPT untuk melihat Sukarelawan melalui Live Streaming Blog.

 Sukarelawan bersama Krew WPT

Founder ( RB ) sedang memberi arahan tentang susun atur untuk kamera on air dan off air kepada krew-krew sebelum memulakan kajian dan penggambaran.

Saturday 1 June 2013

Antara Ulasan Dari Salah Seorang Fans Yang Menyertai Aktiviti Di Subang 25/5/2013

( Siti ViPs )

Ulasan aku untuk aktiviti kat subang haritu. ini berdasarkan pengalaman aku dan pemerhatian aku pada keadaan sekeliling haritu. Untuk volunteer aku tak pasti sebab aku tak tengok volunteer haritu. Aku more fokus untuk benda lain. Memang diakui sekejap saja kami dekat sana. Battery, dan kebanyakan peralatan kehabisan battery, dan lagi satu cuaca baik tiba-tiba jadi buruk. Bila kami keluar dari sana, hujan berhenti. Nak teruskan balik dah tak sempat. Ini adalah komen secara rawaknya. Now, aku nak komen apa yang aku nampak dan sebaliknya.

Sampai saja sana, telinga aku dah berdesing dulu. Aku abaikan je. Emy (Fans) yg turut hadir ikut aku sambil berpimpin tangan dengan aku. Mula-mula Emy ikut aku. tp dah lama-lama aku sorang diri. Aku ikut setting kamera semua. Tiba-tiba aku tak nampak dia. Aku duduk jauh sikit dari kelompok orang. Aku perhatikan sorang-sorang. Still tak jumpa dia. Dalam hati

"eh, mana emy?"

Waktu tu aku berada dekat belakang tangki tu bersama crew yang lain untuk set tempat. Kebetulan Mel (Fans) nak kedepan, aku pun temankan dia sampai depan. Sebab gelap dan tak ada orang. Sampai kat depan tu, aku nampak ada beberapa fans & crew sedang set laptop. Aku pun perhatikan, masih tak jumpa Emy. Aku dah gelisah takut apa-apa terjadi. Keadaan malam tu sangat gelap walaupun langit merah kehitaman.

Lepas tu Wong datang ke arah aku. Dia tanya aku.

"eh, macam ada seorang hilang je. Emy mana?"

Aku tersentap sekejap kot. Aku cuba bertenang. Rupanya bukan aku sorang je perasan. Waktu aku nak jawab wong tiba-tiba Emy muncul. Aku terus cakap dengan Wong

"ada je la. tu, tak nampak??" sambil menunjuk kedudukan Emy.

Dalam hati aku, syukur kot dah nampak dia balik. Aku ada dapatkan Emy. Emy tak habis-habis tanya aku, macam mana tempat tu. aku just bagitau Emy "biasa je". "ok la". Ada orang tanya aku jawab "ada la. Tapi takde la banyak mana".

Emy ada bagitau aku waktu lepas aktiviti. Dia sebenarnya ada bau hanyir sekitar dia. Dia tanya pendapat aku.. Baru aku faham maksud tu. benda tu mungkin halang kami nampak Emy. Sebab tu Emy terlindung. Vierra pun ada cakap bau kemenyan kuat. Aku ada pegang bahu Emy sekejap.

"cukup2 lah tu. kalalu tak suka jangan kacau." Aku cakap perlahan je. Lepas tu aku menyendiri. RB pun banyak kali tanya,kenapa aku menyendiri. Apa berlaku?

Pertama tu memang Emy hilang. Lagi, mereka macam tak suka kehadiran kita. Masa tu aku just baca Ayat Kursi, Selawat dan Yasin Ayat 9 ( sebagai benteng dan perlindungan diri ). Aku berdoa supaya semua orang dilindungi.

Masa tu aku keluarkan satu ayat

"Dengan nama Allah Tuhan yang menciptakan alam. Kami datang sini untuk belajar dan mengetahui sesuatu yang tak diketahui. kalau tak suka jangan rasuk. Jangan kacau. bagi kami petunjuk dengan cara lain".

Itu ayat yang aku bagitau. Lepastu Fahmi ( crew ) datang jumpa aku cakap ada masalah ke? Nampak pe? Aku pun bagitau yang aku ade nampak kat belakang. Tak banyak. Tak lama lepas tu battery habis. Aku terperanjat kot.

Cepatnya?? Kenapa?? Angin kuat pulak. Tak lama lepas tu hujan.

Dalam kereta, RB, Anna & Vierra gurau-gurau. Kenapa boleh jadi macam ni?? Ni mesti Siti punya pasal ni. Siti la ni. Panggil hujan. Sejak bila Siti jadi katak ni. Aku just senyum-senyum je.. Mungkin tu petanda kot, mereka kat sana memang tak suka. Mereka bagi hint dengan cara macam tu. Hujan lebat kot lepastu. Keluar je dari sana. Hujan berhenti. Ade hikmah lah tu. Mungkin dalam ramai-ramai tu ada yang buat dia tak suka.

Sekian dulu.

Aktiviti Di Subang 25/5/2013

9.00 malam :

Crew2 WPT sedang berkumpul dan diberi taklimat mengenai aktiviti. Malam ini aktiviti akan dijalankan di kawasan Subang di mana tempat mayat di bunuh dan dibakar. Mayat telah ditemui tanpa kepala dan tangan. Livestreaming dijangka pada pukul 12.30am keatas.

1.00 pagi :

Aktiviti terpaksa dihentikan atas sebab keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Selain mempunyai sedikit masalah teknikal.

Thursday 16 May 2013

Alhamdulillah Metrowealth International Group Sdn Bhd memberi kami peluang dalam Youtube kiranya kami satu team dengan Bobo la dalam masa 2 tahun ini.. Mudah-mudahan semuanya berjaya.

Kepada semua krew nanti ada meeting dan sedikit kenduri utk kita doa selamat.





Wednesday 15 May 2013

Jurnal Aktiviti Jalan Tanjung Labuh Batu Pahat, Johor 11/5/2013

Jurnal Aktiviti

11 malam - Krew WPT berjumpa dengan group sokongan kami iaitu Pengerusi UTAG dan beberapa org atasannya dan juga disertai beberapa orang anak buahnya, kami bertolak ke Batu Pahat utk berjumpa Belia Sempoi

12 malam - kami semua berkumpul di satu lokasi berhampiran tempat kajian dan memberi beberapa penerangan sebelum menuju ke lokasi

12:15 malam - semua sampai di lokasi aktiviti dan berkumpul di base utk beberapa krew WPT dan disertai wakil Belia Sempoi utk setup tempat utk volunteer dan livestreaming

12:40 malam - RB pengasas WPT ke Balai Polis Batu Pahat utk mendapatkan kebenaran utk aktiviti di sana

1:35 pagi - RB sampai dan livestreaming dimulakan di mana sukarelawan diletakkan di satu tempat yg kami dah setup utk letakkan kamera di sana cam 1 dan cam 2 utk pengawasan kami dan juga livestreaming di blog... cam3 tak dapat sebab ade masalah teknikal

2 pagi - kejadian aneh mula berlaku di mana beberapa org yg berada di base aktiviti dikacau dengan bunyi perempuan menangis yg berkeliaran dan ada krew WPT yg nampak kelibat lembaga di tempat berhampiran dengan sukarelawan diletakkan, akan tetapi ianya tidak muncul di depan cam 1 atau cam 2

2:15 pagi - RB dan Jai mendapati Wong dah lain macam, dan RB memberitahu kepada grup sokongan kami Farin, Along dan Tawil dari UTAG bahawa krew kami Wong mungkin mengalami gangguan paranormal, dari situ mereka mula berinteraksi dan menggunakan pelbagai cara utk memulihkan Wong yg turut disertai Mak Ngah dan Pak Ngah.

3 pagi - gangguan adakalanya menjadi semakin panas dan akhirnya menjadi damai dan livestreaming terpaksa dibawa ke tempat lain kerana Wong berjaya mengawal diri dan tidak mahu sebarang cahaya berdekatan dirinya dan tidak semena bateri cam 1 dan cam2 habis dan RB terpaksa menamatkan livestreaming tersebut

4 pagi - RB mengarahkan kesemua org di situ beredar dan meninggalkan dia dan Wong utk menutup apa yg berlaku, tidak lama kemudian RB dan Wong turun dan bergegas ke kereta di mana Wong lemah longlai akibat dari kejadian tersebut..

Kami dapati perkara tersebut adalah berpunca dari beberapa faktor dan yg pasti ianya bukan datang dari sekitar situ, ada individu yg mencabar entiti di situ dan individu tersebut masih tidak berapa pandai menggunakannya lagi, lalu membuatkan perkara ini terjadi..








Saturday 23 February 2013

Friday 15 February 2013

Penggambaran di Selangor

Penggambaran Di Selangor bermula pada 11 hb dan berakhir pada 14 hb yg dilakukan di sekitar negeri Selangor







Saturday 26 January 2013

FREEDOM FOR GAZA

Majlis Perlancaran Penggambaran DVD Wujud Paranormal Malaysia dan Program Kebajikan "Freedom For Gaza" 28/1/2013 (ISNIN)


Thursday 10 January 2013

AKTIVITI DI HULU SELANGOR 5/1/2013 (SABTU)



Berkumpul di Mc`D Pekan Rawang yang di hadiri Krew WPT sendiri, Poseidon Paranormal, NTV7-Seekers dan beberapa orang Fans menjadikan jumlah yang hadir seramai hampir 40 orang.

Aktiviti berjalan lancar pada mula nya dengan meletakkan seorang Volunteer di Rumah Mayat tinggal. Selepas hampir sejam , Krew WPT mengambil keputusan untuk menjemput kembali Volunteer ke Base.

Apabila Krew WPT berada di dalam rumah mayat tinggal itu, di hadapan kamera Live Streaming, Volunteer ada bercakap pada salah seorang Krew " Jangan Pegang Aku". Agak menghairankan.Setelah di soal siasat, kelihatan seperti Vulunteer seperti terkena gangguan kerana beliau bukan seperti keadaan asal. Antara kelakuan yang aneh seperti, silau apabila lampu disuluh berdekatan beliau, memandang tajam ke arah seorang Krew WPT dan meracau seperti orang kena sampuk.

Setelah hampir sejam sesi soal jawap, akhirnya pihak Krew WPT dan beberapa Fans yang hadir beransur pulang.

Buat masa sekarang Pihak WPT tidak dapat mengeluarkan sebarang bentuk siaran di Youtube kerana tidak mendapat sebarang jawapan atas kejadian yang berlaku masa aktiviti tempoh hari. Harap maaf.

Saturday 5 January 2013

AKTIVITI YANG AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU 5/1/2013

Kami mengadakan rancangan Live tersendiri untuk Fans2 di luar sana, sama2 menyaksikan sukarelawan yg ditinggalkan mengalami detik2 cemas dan juga jika ada sesuatu yg di luar dugaan. Semua secara langsung tiada cut atau editing. 

Khas kami bawakan untuk anda semua. Tiada bayaran utk sesiapa yg ingin turut serta dalam aktiviti ini. Buat permulaan kami akan sasarkan kepada pemegang tag limited edition kami. Kepada Fans2 lain tungguuu ada banyak lagi utk anda. Semoga 2013 akan menjadi yg terbaik bagi kami. 

Semuanya SECARA LANGSUNG. Kami tidak akan mengatakan ianya Entiti secara terburu-buru, kita sama2 menilai dari streaming di blog kami.