Monday 15 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA


Assalamualaikum kepada semua Fan dan Admin-admin serta krew dari‪ #‎wujudparanormalteam‬ mahupun ‪#‎wujud7‬ . Kami di sini akan mengadakan Majlis Berbuka puasa di 

Lokasi : Rumpun Selera, Bandar Baru Selayang 
             ( berhampiran Stadium Selayang )

Pada   : 21 Julai 2013 ( Ahad ) 

Bayaran RM20 dikenakan pada setiap seorang. 

Buffet dengan pelbagai aneka masakan akan dihidang dengan kate lain "eat all you can"
Jika berminat anda boleh hubungi 0132395253 untuk info lanjut.
5 early birds ade free gift dari kami.

Thursday 11 July 2013

PERISTIWA AKHIR ZAMAN MENGIKUT TURUTAN

Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.

Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir

Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)

Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan

Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.

Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.

Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik

Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang

Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya

Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya

Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam

Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.

Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w

Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya

Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk

* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Dimanakah kita?

YA ALLAH YA TUHAN KU

Ya Allah murahkan rezeki ku dan kepada sekalian umat, tetapkan iman ku dan sekalian, panjang umur ku dan kedua ibu bapaku serta sekalian Muslimin & Muslimat  Berkatilah hidup ku dan sekalian..

Amin Yarobbal alamin

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA

Kami dari pihak Wujud Paranormal Team mengucapkan Selamat Berpuasa , Selamat Berbuka  dan Selamat Bersahur kepada seluruh Muslimin dan Muslimat samada di Malaysia, Singapura, Brunei dan walau di mana jua anda berada.

Semoga mendapat Berkat di bulan Mulia ini.

Monday 1 July 2013

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN & ZIKIR TAHLIL RAMADHAN 1434H/2013M.

PENYERTAAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN & ZIKIR TAHLIL DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK 1434H/2013M TELAH DIBUKA UNTUK SEMUA.


"Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedah & pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan daripada harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu,dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak akan dikurangkan”. 
(Surah Al-Baqarah: 272)

Koleksi Keratan Akhbar Wujud Paranormal Team 2012 Hingga 2013



Ulasan Sukarelawan Mengenai Aktiviti Yang Di Jalankan ( 22/6/2013 )

( Siti ViPs )

Ulasan aku mengenai aktiviti di Port Dickson sabtu lepas. Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar.

1) aku dapat balik rumah tanpa gangguan
2) semua equipment tak habis battery cuma cam off air je yg padam tiba-tiba

Mula-mula aku di tinggalkan seorang diri dalam rumah tu. benda pertama yang aku dengar bunyi orang terlanggar barang.tp dekat rumah belakang tu..
Aku buat tak tau je la. jadi aku terus duduk menunggu. aku diam je tapi org dekat base cakap ade bunyi-bunyian padahal aku tak dengar pape.

Lepastu lilin satu-persatu padam. yang tinggal menemani aku hanyalah lampu torchlight tu. Waktu tu tiba-tiba cicak berbunyi banyak kali..Bunyi cicak tu pelik. So, aku abaikan. Kat luar, kat belakang tu ada bunyi orang jalan-jalan dengan suara anjing melolong sayup-sayup. Aku still diam.

Lepastu aku dengar bunyi macam bunyi ambulans pun ade. Bunyi orang mengilai pun ada. Suara tu sayup kat belakang & perlahan.aku cuba hayati tapi bunyi tu sekali je & sangat perlahan. So aku tak dapat nak pastikan yang pasti suara tu seram gak la.

kat belakang aku pulak ada dua tandas..kadang-kadang terdengar titisan air. titisan tu macam kita ada kat terowong sunyi tiba-tiba ada air jatuh. bila aku suluh belakang bunyi stop la. pastu lama gak diam & bunyi tu datang balik

Kat belakang jugak aku terasa.sejuk je. Macam orang lalu kadang-kadang.Bila aku suluh belakang pokok kat sebelah kanan tu bergoyang kuat  tapi sebelah kiri statik je. Aku pandang kat sebelah aku pokok statik gak.Kat belakang tu je yg sebelah kanan tu bergoyang kuat. aku diam lagi. Sebelah kiri aku, aku ade dengar macam orang perempuan punya suara.aku suluh tak ada apa-apa yang pelik..

Itu apa yang aku dengar. Sekarang aku nak cerita apa yang aku nampak.

Kadang-kadang aku terasa kat sebelah kiri aku tu ada satu benda putih sedang memerhati. Bila aku suluh memang tak ada, yang ada pintu utama tu.kejap bukak luas sangat. Kejap macam nak tutup. Kejap separuh je.. Banyak kali kedudukan pintu tu berubah.setiap kali tu jugak aku macam nampak ada benda memerhatikan.

Kat depan aku tu aku pandang lantai. aku boleh nampak lantai tu bergetar & bergoyang. Satu tempat je,bukan semua. Tiba2 dalam blink 1 saat macam rasa ada bayang- bayang hitam terbang ke atas.
Kalau viewers ada perasan aku macam bermain-main dengan sesuatu.sbb masa tu ada bulu-bulu halus jatuh depan aku.. Ada la dalam 4 ke 5 kot. Warna putih & panjang.macam rambut pendek je, tapi dia putih.Terbang & terbang. aku cuba tangkap tapi tak dapat dia hilang pastu.

Banyak bunyi-bunyi yang datang pn dari rumah belakang tu. lama jugak aku kat dalam tu sampai rasa mengantuk sangat.aku hampir tertido jugak la.

Kesimpulan yang aku boleh buat mungkin ada gangguan tp dtg dari area belakang. untuk yang cakap ada bayi menangis & penampakkan kakak cantik, Alhamdulillah selama aku kat dalam tu memang tak ada just bunyi-bunyi pelik yang boleh didengari & disaksikan sendiri oleh sape yang tengok live streaming malam tu.

Ada yang bertanya untuk makhluk hitam kat belakang aku tu di tepi tingkap.serius waktu aku suluh dia dah tak ada jadi yang tu aku tak boleh nak confirmkan. Itu sajalah buat masa ni.

Terima.kasih pada ( Wujud (Paranormal Team ) bagi aku peluang nak buktikan balik yang fenomena battery habis & camera off air tu bukan la dari aku..Ye la sebelum ni kan tak sampai beberapa minit tak boleh pakai. kalau ada peluang lagi, In shaa Allah boleh cuba lagi.

Terima Kasih Daun Keladi.

Aktiviti Di Port Dickson 22/6/2013

Di katakan rumah yang terdapat banyak gangguan Paranormal.

Base WPT untuk melihat Sukarelawan melalui Live Streaming Blog.

 Sukarelawan bersama Krew WPT

Founder ( RB ) sedang memberi arahan tentang susun atur untuk kamera on air dan off air kepada krew-krew sebelum memulakan kajian dan penggambaran.