Saturday, 17 May 2014

Aktiviti Di Sungai Buloh

Jangan lupa saksikan livestreaming pada jam 12.30-1 pagi untuk aktiviti malam ini. Tungguuuu~

Wednesday, 7 May 2014




Al Fatihah

Aziz Sattar meninggal dunia
2014/05/06 - 02:50:43 AM

Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.
"Ayah dimasukkan ke hospital sejak semalam selepas diserang penyakit jantung.

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

*BH Online/Copy

Tuesday, 6 May 2014


Program Talk Show di MSU Shah Alam 5.5.2014.
Leader WPT ( RB ) menjadi Speaker dalam program yang bertajuk Sight Of Paranormal