Thursday 24 July 2014

Patung Berhantu Seluruh Dunia




KATJA

Boneka ini berasal dari Russia dan usianya dikatakan ratusan tahun yg kononnya dibuat sekitar tahun 1730-an oleh seorang gundik raja.

Kisahnya, si gundik itu hamil dan mengharapkan anak lelaki yg bakal dilahirkan lebih disayangi sang raja. Malangnya, bayi yg lahir adalah perempuan dan wajahnya cacat pula. Taksub dengan kepercayaan bayi perempuan membawa sial, bayi itu dibakar hidup-hidup. Sisa abu dari bayi tersebut dicampurkan dengan porcelin dan tanah untuk dijadikan sebuah boneka yang kemudiannya dinamakan Katja.

Ianya persis boneka sumpahan, dikatakan mereka yang memandang Katja lebih 20 saat, mata boneka ini akan berkedip petanda Katja menyumpah orang yg memandangnya!!!

Selepas itu berlakulah pelbagai kemalangan menimpa mereka yang menerima kerdipan daripada Katja. Katja masih lagi disimpan oleh warisnya di Rusia turun temurun dan dijaga rapi agar tiada sesiap terkena sumpahannya lagi.


OKIKU

Okiku amat menyukai boneka ini dan tidak lekang setiap hari bermain dengannya, tidak lama kemudian, Okiku meninggal dunia akibat diserang demam panas. Boneka Okiku ini diletakkan pada latar, tempat keluarga itu bersembahyang dan berdoa. Anehnya, sejak itu rambut boneka itu mula bertambah panjang.

Kajian berdasarkan ujian forensik terhadap rambut boneka itu mendapati folikel dalam rambut boneka Okiki sama seperti kanak2 berusia 10 tahun. Dikatakan boneka ini hidup kerana roh Okiku bersemadi dalam boneka tersebut.

Pada 1938, apabila keluarga Okiku berpindah, boneka itu diserahkan ke sebuah kuil di Hokkaido. Menurut pendeta disitu,rambut boneka itu masih terus hidup dan bertambah panjang sehingga terpaksa memotongnya secara berkala.


Boneka berpakaian kimono dengan rambut yg lebat dan bermata hitam ini asalnya dibeli oleh seorang pemuda untuk adiknya okiku yg baru berusia 2 tahun pada tahun 1918.Patung ini diberi nama Okiku sempena nama kanak2 tersebut.


PUPA

Sebiji boneka,berbaju biru dan terlekat reben biru pada rambutnya yang dinamakan Pupa oleh pemiliknya, seorang wanita. Wanita itu memiliki Pupa pada tahun 1920-an sewaktu berusia 6 tahun.


Sewaktu perang dunia ke-2 meletus, Pupa hampir musnah. Namun bersama pemiliknya, Pupa sudah melalui pelbagai perjalanan bermula dari Itali, kemudian ke Amerika dan pulang semula ke Itali sebelum melintasi negara Eropah seterusnya kembali semula ke Amerika.

Pupa bagaikan hidup!! Dikatakan Pupa boleh bergerak sendiri, jadi tidak pelik jika Pupa diletakkan disesuatu tempat kemudian kedudukannya berubah dari kedudukan sebelumnya. Sehinggalah pemiliknya meninggal dunia pada 2005, Pupa terus disimpan oleh waris tuannya. Pupa diletakkan didalam kotak khas, namun sering kali kedengaran bunyi-bunyi aneh dari tempat penyimpanan Pupa.

Pupa kerap membuat bising seolah-olah meminta untuk dilepaskan dari tempat kurungannya.Acap kali kedudukan pupa didalam kotak itu berubah dari kedudukan asal.

 

ROBERT

Boneka berpakaian pelaut yang memeluk teddy bear kecil ini berasal dari Florida, Amerika Syarikat. Tuannya bernama, Eugene. Asalnya Robert dihadiahkan oleh orang gaji keluarga Eugene pada tahun 1904 sewaktu Eugene masih lagi kanak-kanak.

Sumber menyatakan, boneka itu telah disumpah terlebih dahulu oleh org gaji Eugene yang mengamalkan ilmu hitam kerana rasa tidak puas hati terhadap majikannya. Eugene menyayangi boneka itu sepenuhnya, namum selepas sebulan kehadiran robert,gangguan aneh mula berlaku.

Barang-barang dalam rumah tiba-tiba hilang dan ada yang rosak tanpa diketahui puncanya. Setiap malam, seisi rumah terdengar bunyi seperti orang berjalan di dalam rumah. Lebih pelik, ibu bapa Eugene sering mendengar Eugene seperti berbual dengan seseorang. Bila ditanya, jawabnya berbual dengan Robert.

Malah ada jiran tetangga yang sering ternampak kelibat boneka kecil bergerak sendiri di dala rumah Eugene sewaktu keluarga itu tiada dirumah.

Setelah Eugene meninggal dunia pada 1974, Robert ditinggalkan dirumah tersebut sehingga datangnya pemilik baru yang mendiami rumah tersebut. Keluarga itu mempunyai seorang anak perempaun yang berusia 10 tahun.Beberapa hari selepas menduduki rumah tersebut, kanak-kanak itu sering menjerit pada waktu malan mendakwa Robert "hidup" dan bergerak-gerak sendiri di sekeliling biliknya dan menyerang serta mahu membunuhnya.

Akibat tidak tahan dengan gangguan itu, akhirnya Robert diserahkan ke sebuah muzium. Sehingga kini Robert masih menjadi penghuni setia Museum Fort East Martello dan terus dihujani misteri.

Jika para pengunjung meletakkan gula-gula getah di luar kotak pameran, keesokan harinya didapati pembalut gula-gula itu akan berselerak diatas lantai manakala gula-gulanya habis dimakan.



ANNABELLE

Pada tahun 1970, seorang gadis telah menerima sebuah patung dengan stail Raggedy-Ann sebagai hadiah dari ibunya yang telah membeli patung tersebut dari satu jualan kebajikan. Gadis itu pada masa itu sedang belajar di sebuah kolej.

Gadis itu menyukai patung itu dan ia diletakkan dalam apartment tempat dia tinggal, tetapi selepas itu dia dan teman serumahnya menyedari kejadian-kejadian aneh mula berlaku di apartment tersebut membabitkan patung itu. Ia selalu ditemui dalam bilik lain walaupun ia tidak disentuh oleh sesiapa pun sebelum itu. Mereka sering menemui cebisan kertas kain lama yang diconteng dengan tulisan kanak-kanak. Pernah juga mereka menemui patung itu dalam keadaan berdiri walaupun kaki patung itu dibuat dari kain guni saja.

Gadis-gadis yang ketakutan telah menghubungi seorang perantara psikik, yang memberitahu patung itu telah dirasuk oleh roh seorang kanak-kanak perempuan yang telah meninggal dunia di bangunan apartment mereka. “Annabelle” memberitahu dia sukakan gadis-gadis kolej itu dan mahu tinggal bersama mereka. Bagaimanapun, setelah ia diberi keizinan untuk tinggal bersama, jumlah aktiviti paranormal di apartment mereka telah meningkat, antaranya salah seorang kawan lelaki mereka telah diserang oleh patung Annabelle pada suatu malam, meninggalkan kesan cakaran yang sangat teruk di bahagian dada dan perutnya.

Buntu dengan kejadian tersebut, gadis-gadis kolej itu telah menemui dua orang penyiasat paranormal yang dikenali ramai iaitu Ed dan Lorraine Warren. Pasangan yang telah berkahwin itu mendapati yang patung Annabelle bukan dihantui roh kanak-kanak perempuan, sebaliknya satu mahkluk yang telah menipu tentang identitinya bagi merapati gadis-gadis kolej tersebut, mungkin dengan niat mahu merasuk salah seorang dari mereka. Gadis-gadis itu kemudiannya memberikan patung Annabelle kepada pasangan Warren, yang kemudiannya menyimpan Annabelle dalam satu kotak kaca di museum mistik milik mereka di Connecticut. Papan tanda pada kotak itu ditulis, “AMARAN : DENGAN POSITIF, JANGAN BUKA KOTAK INI.”

Saturday 17 May 2014

Aktiviti Di Sungai Buloh

Jangan lupa saksikan livestreaming pada jam 12.30-1 pagi untuk aktiviti malam ini. Tungguuuu~

Wednesday 7 May 2014




Al Fatihah

Aziz Sattar meninggal dunia
2014/05/06 - 02:50:43 AM

Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.
"Ayah dimasukkan ke hospital sejak semalam selepas diserang penyakit jantung.

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

*BH Online/Copy