Saturday 1 June 2013

Antara Ulasan Dari Salah Seorang Fans Yang Menyertai Aktiviti Di Subang 25/5/2013

( Siti ViPs )

Ulasan aku untuk aktiviti kat subang haritu. ini berdasarkan pengalaman aku dan pemerhatian aku pada keadaan sekeliling haritu. Untuk volunteer aku tak pasti sebab aku tak tengok volunteer haritu. Aku more fokus untuk benda lain. Memang diakui sekejap saja kami dekat sana. Battery, dan kebanyakan peralatan kehabisan battery, dan lagi satu cuaca baik tiba-tiba jadi buruk. Bila kami keluar dari sana, hujan berhenti. Nak teruskan balik dah tak sempat. Ini adalah komen secara rawaknya. Now, aku nak komen apa yang aku nampak dan sebaliknya.

Sampai saja sana, telinga aku dah berdesing dulu. Aku abaikan je. Emy (Fans) yg turut hadir ikut aku sambil berpimpin tangan dengan aku. Mula-mula Emy ikut aku. tp dah lama-lama aku sorang diri. Aku ikut setting kamera semua. Tiba-tiba aku tak nampak dia. Aku duduk jauh sikit dari kelompok orang. Aku perhatikan sorang-sorang. Still tak jumpa dia. Dalam hati

"eh, mana emy?"

Waktu tu aku berada dekat belakang tangki tu bersama crew yang lain untuk set tempat. Kebetulan Mel (Fans) nak kedepan, aku pun temankan dia sampai depan. Sebab gelap dan tak ada orang. Sampai kat depan tu, aku nampak ada beberapa fans & crew sedang set laptop. Aku pun perhatikan, masih tak jumpa Emy. Aku dah gelisah takut apa-apa terjadi. Keadaan malam tu sangat gelap walaupun langit merah kehitaman.

Lepas tu Wong datang ke arah aku. Dia tanya aku.

"eh, macam ada seorang hilang je. Emy mana?"

Aku tersentap sekejap kot. Aku cuba bertenang. Rupanya bukan aku sorang je perasan. Waktu aku nak jawab wong tiba-tiba Emy muncul. Aku terus cakap dengan Wong

"ada je la. tu, tak nampak??" sambil menunjuk kedudukan Emy.

Dalam hati aku, syukur kot dah nampak dia balik. Aku ada dapatkan Emy. Emy tak habis-habis tanya aku, macam mana tempat tu. aku just bagitau Emy "biasa je". "ok la". Ada orang tanya aku jawab "ada la. Tapi takde la banyak mana".

Emy ada bagitau aku waktu lepas aktiviti. Dia sebenarnya ada bau hanyir sekitar dia. Dia tanya pendapat aku.. Baru aku faham maksud tu. benda tu mungkin halang kami nampak Emy. Sebab tu Emy terlindung. Vierra pun ada cakap bau kemenyan kuat. Aku ada pegang bahu Emy sekejap.

"cukup2 lah tu. kalalu tak suka jangan kacau." Aku cakap perlahan je. Lepas tu aku menyendiri. RB pun banyak kali tanya,kenapa aku menyendiri. Apa berlaku?

Pertama tu memang Emy hilang. Lagi, mereka macam tak suka kehadiran kita. Masa tu aku just baca Ayat Kursi, Selawat dan Yasin Ayat 9 ( sebagai benteng dan perlindungan diri ). Aku berdoa supaya semua orang dilindungi.

Masa tu aku keluarkan satu ayat

"Dengan nama Allah Tuhan yang menciptakan alam. Kami datang sini untuk belajar dan mengetahui sesuatu yang tak diketahui. kalau tak suka jangan rasuk. Jangan kacau. bagi kami petunjuk dengan cara lain".

Itu ayat yang aku bagitau. Lepastu Fahmi ( crew ) datang jumpa aku cakap ada masalah ke? Nampak pe? Aku pun bagitau yang aku ade nampak kat belakang. Tak banyak. Tak lama lepas tu battery habis. Aku terperanjat kot.

Cepatnya?? Kenapa?? Angin kuat pulak. Tak lama lepas tu hujan.

Dalam kereta, RB, Anna & Vierra gurau-gurau. Kenapa boleh jadi macam ni?? Ni mesti Siti punya pasal ni. Siti la ni. Panggil hujan. Sejak bila Siti jadi katak ni. Aku just senyum-senyum je.. Mungkin tu petanda kot, mereka kat sana memang tak suka. Mereka bagi hint dengan cara macam tu. Hujan lebat kot lepastu. Keluar je dari sana. Hujan berhenti. Ade hikmah lah tu. Mungkin dalam ramai-ramai tu ada yang buat dia tak suka.

Sekian dulu.

Aktiviti Di Subang 25/5/2013

9.00 malam :

Crew2 WPT sedang berkumpul dan diberi taklimat mengenai aktiviti. Malam ini aktiviti akan dijalankan di kawasan Subang di mana tempat mayat di bunuh dan dibakar. Mayat telah ditemui tanpa kepala dan tangan. Livestreaming dijangka pada pukul 12.30am keatas.

1.00 pagi :

Aktiviti terpaksa dihentikan atas sebab keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Selain mempunyai sedikit masalah teknikal.