Thursday 16 May 2013

Alhamdulillah Metrowealth International Group Sdn Bhd memberi kami peluang dalam Youtube kiranya kami satu team dengan Bobo la dalam masa 2 tahun ini.. Mudah-mudahan semuanya berjaya.

Kepada semua krew nanti ada meeting dan sedikit kenduri utk kita doa selamat.





Wednesday 15 May 2013

Jurnal Aktiviti Jalan Tanjung Labuh Batu Pahat, Johor 11/5/2013

Jurnal Aktiviti

11 malam - Krew WPT berjumpa dengan group sokongan kami iaitu Pengerusi UTAG dan beberapa org atasannya dan juga disertai beberapa orang anak buahnya, kami bertolak ke Batu Pahat utk berjumpa Belia Sempoi

12 malam - kami semua berkumpul di satu lokasi berhampiran tempat kajian dan memberi beberapa penerangan sebelum menuju ke lokasi

12:15 malam - semua sampai di lokasi aktiviti dan berkumpul di base utk beberapa krew WPT dan disertai wakil Belia Sempoi utk setup tempat utk volunteer dan livestreaming

12:40 malam - RB pengasas WPT ke Balai Polis Batu Pahat utk mendapatkan kebenaran utk aktiviti di sana

1:35 pagi - RB sampai dan livestreaming dimulakan di mana sukarelawan diletakkan di satu tempat yg kami dah setup utk letakkan kamera di sana cam 1 dan cam 2 utk pengawasan kami dan juga livestreaming di blog... cam3 tak dapat sebab ade masalah teknikal

2 pagi - kejadian aneh mula berlaku di mana beberapa org yg berada di base aktiviti dikacau dengan bunyi perempuan menangis yg berkeliaran dan ada krew WPT yg nampak kelibat lembaga di tempat berhampiran dengan sukarelawan diletakkan, akan tetapi ianya tidak muncul di depan cam 1 atau cam 2

2:15 pagi - RB dan Jai mendapati Wong dah lain macam, dan RB memberitahu kepada grup sokongan kami Farin, Along dan Tawil dari UTAG bahawa krew kami Wong mungkin mengalami gangguan paranormal, dari situ mereka mula berinteraksi dan menggunakan pelbagai cara utk memulihkan Wong yg turut disertai Mak Ngah dan Pak Ngah.

3 pagi - gangguan adakalanya menjadi semakin panas dan akhirnya menjadi damai dan livestreaming terpaksa dibawa ke tempat lain kerana Wong berjaya mengawal diri dan tidak mahu sebarang cahaya berdekatan dirinya dan tidak semena bateri cam 1 dan cam2 habis dan RB terpaksa menamatkan livestreaming tersebut

4 pagi - RB mengarahkan kesemua org di situ beredar dan meninggalkan dia dan Wong utk menutup apa yg berlaku, tidak lama kemudian RB dan Wong turun dan bergegas ke kereta di mana Wong lemah longlai akibat dari kejadian tersebut..

Kami dapati perkara tersebut adalah berpunca dari beberapa faktor dan yg pasti ianya bukan datang dari sekitar situ, ada individu yg mencabar entiti di situ dan individu tersebut masih tidak berapa pandai menggunakannya lagi, lalu membuatkan perkara ini terjadi..