Thursday 10 January 2013

AKTIVITI DI HULU SELANGOR 5/1/2013 (SABTU)



Berkumpul di Mc`D Pekan Rawang yang di hadiri Krew WPT sendiri, Poseidon Paranormal, NTV7-Seekers dan beberapa orang Fans menjadikan jumlah yang hadir seramai hampir 40 orang.

Aktiviti berjalan lancar pada mula nya dengan meletakkan seorang Volunteer di Rumah Mayat tinggal. Selepas hampir sejam , Krew WPT mengambil keputusan untuk menjemput kembali Volunteer ke Base.

Apabila Krew WPT berada di dalam rumah mayat tinggal itu, di hadapan kamera Live Streaming, Volunteer ada bercakap pada salah seorang Krew " Jangan Pegang Aku". Agak menghairankan.Setelah di soal siasat, kelihatan seperti Vulunteer seperti terkena gangguan kerana beliau bukan seperti keadaan asal. Antara kelakuan yang aneh seperti, silau apabila lampu disuluh berdekatan beliau, memandang tajam ke arah seorang Krew WPT dan meracau seperti orang kena sampuk.

Setelah hampir sejam sesi soal jawap, akhirnya pihak Krew WPT dan beberapa Fans yang hadir beransur pulang.

Buat masa sekarang Pihak WPT tidak dapat mengeluarkan sebarang bentuk siaran di Youtube kerana tidak mendapat sebarang jawapan atas kejadian yang berlaku masa aktiviti tempoh hari. Harap maaf.

1 comment: