Monday 1 July 2013

Ulasan Sukarelawan Mengenai Aktiviti Yang Di Jalankan ( 22/6/2013 )

( Siti ViPs )

Ulasan aku mengenai aktiviti di Port Dickson sabtu lepas. Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar.

1) aku dapat balik rumah tanpa gangguan
2) semua equipment tak habis battery cuma cam off air je yg padam tiba-tiba

Mula-mula aku di tinggalkan seorang diri dalam rumah tu. benda pertama yang aku dengar bunyi orang terlanggar barang.tp dekat rumah belakang tu..
Aku buat tak tau je la. jadi aku terus duduk menunggu. aku diam je tapi org dekat base cakap ade bunyi-bunyian padahal aku tak dengar pape.

Lepastu lilin satu-persatu padam. yang tinggal menemani aku hanyalah lampu torchlight tu. Waktu tu tiba-tiba cicak berbunyi banyak kali..Bunyi cicak tu pelik. So, aku abaikan. Kat luar, kat belakang tu ada bunyi orang jalan-jalan dengan suara anjing melolong sayup-sayup. Aku still diam.

Lepastu aku dengar bunyi macam bunyi ambulans pun ade. Bunyi orang mengilai pun ada. Suara tu sayup kat belakang & perlahan.aku cuba hayati tapi bunyi tu sekali je & sangat perlahan. So aku tak dapat nak pastikan yang pasti suara tu seram gak la.

kat belakang aku pulak ada dua tandas..kadang-kadang terdengar titisan air. titisan tu macam kita ada kat terowong sunyi tiba-tiba ada air jatuh. bila aku suluh belakang bunyi stop la. pastu lama gak diam & bunyi tu datang balik

Kat belakang jugak aku terasa.sejuk je. Macam orang lalu kadang-kadang.Bila aku suluh belakang pokok kat sebelah kanan tu bergoyang kuat  tapi sebelah kiri statik je. Aku pandang kat sebelah aku pokok statik gak.Kat belakang tu je yg sebelah kanan tu bergoyang kuat. aku diam lagi. Sebelah kiri aku, aku ade dengar macam orang perempuan punya suara.aku suluh tak ada apa-apa yang pelik..

Itu apa yang aku dengar. Sekarang aku nak cerita apa yang aku nampak.

Kadang-kadang aku terasa kat sebelah kiri aku tu ada satu benda putih sedang memerhati. Bila aku suluh memang tak ada, yang ada pintu utama tu.kejap bukak luas sangat. Kejap macam nak tutup. Kejap separuh je.. Banyak kali kedudukan pintu tu berubah.setiap kali tu jugak aku macam nampak ada benda memerhatikan.

Kat depan aku tu aku pandang lantai. aku boleh nampak lantai tu bergetar & bergoyang. Satu tempat je,bukan semua. Tiba2 dalam blink 1 saat macam rasa ada bayang- bayang hitam terbang ke atas.
Kalau viewers ada perasan aku macam bermain-main dengan sesuatu.sbb masa tu ada bulu-bulu halus jatuh depan aku.. Ada la dalam 4 ke 5 kot. Warna putih & panjang.macam rambut pendek je, tapi dia putih.Terbang & terbang. aku cuba tangkap tapi tak dapat dia hilang pastu.

Banyak bunyi-bunyi yang datang pn dari rumah belakang tu. lama jugak aku kat dalam tu sampai rasa mengantuk sangat.aku hampir tertido jugak la.

Kesimpulan yang aku boleh buat mungkin ada gangguan tp dtg dari area belakang. untuk yang cakap ada bayi menangis & penampakkan kakak cantik, Alhamdulillah selama aku kat dalam tu memang tak ada just bunyi-bunyi pelik yang boleh didengari & disaksikan sendiri oleh sape yang tengok live streaming malam tu.

Ada yang bertanya untuk makhluk hitam kat belakang aku tu di tepi tingkap.serius waktu aku suluh dia dah tak ada jadi yang tu aku tak boleh nak confirmkan. Itu sajalah buat masa ni.

Terima.kasih pada ( Wujud (Paranormal Team ) bagi aku peluang nak buktikan balik yang fenomena battery habis & camera off air tu bukan la dari aku..Ye la sebelum ni kan tak sampai beberapa minit tak boleh pakai. kalau ada peluang lagi, In shaa Allah boleh cuba lagi.

Terima Kasih Daun Keladi.

No comments:

Post a Comment