Sunday 9 March 2014

Kronologi Aktivity 8/3/14

6 petang

Kami berkumpul di McDonald Rawang sementara menunggu beberapa crew dan follower yang belum tiba.

6.30 petang

Kami bertolak ke rumah admin CS mengambil beliau. Seterusnya kami ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat Maghrib.

7.30

Usai solat Maghrib, kami ke Bukit Beruntung untuk mengambil crew Jai dari rumah beliau untuk menyertai aktiviti kami malam ini.

9 malam

Kami bertolak ke Salam Bistro untuk makan sambil berbincang untuk set equipment di lokasi.

9.50 malam

Usai mengisi perut dan berbincang, kami didatangi oleh seorang peminat paranormal. Usai sesi temuramah, kami bergerak ke lokasi terletak di Bukit Beruntung.

10.20 malam

Kami tiba di lokasi. Sebelum menunggu jam 12.30 tengah malam, kami berjalan2 di lokasi sambil berbincang tentang equipment yang perlu di setting.

12.30 malam

Aktiviti ditunda 20 minit berikutan menunggu kehadiran seorang artis wanita, Ayu Yuhaizah sebagai penyeri aktiviti kami malam ini. Bersama beliau, Taishi dan Nasrul turut serta.

12.50 malam

Kami tempatkan seorang volunteer, Joe keseorangan. Sambil itu, beberapa crew WPT berjalan2 di sekitar lokasi. Sementara aktiviti dijalankan, kami didatangi 2 orang fan, Shaz dan Adi yang ingin menyertai aktiviti malam ini.

Menurut Joe, beliau ada mendengar bunyi perempuan menjerit beberapa kali. Joe berada di lokasi berseorangan sehingga jam 2.45 pagi. Lagi, sebelum aktiviti dijalankan, beliau ada ternampak kelibat seseorang berlari.

2.45 pagi

Aktiviti diteruskan sehingga jam 3.20 pagi. Kami meninjau lokasi dengan beberapa crew yang lain, antaranya Paan, CS, Wong, Anna, follower, Ksk, fans Shaz dan Adi.

3.45 pagi.

Aktiviti Live Streaming ditamatkan. Kami melakukan aktiviti santai - berkumpul beramai2 sambil menceritakan pengalaman seram masing2.

5.00 pagi

Aktiviti tamat


No comments:

Post a Comment